Cara Mendapatkan Guarantee Letter Untuk Admission Ke Hospital


Ramai orang mempunyai medical card dan manfaat perubatan daripada syarikat tapi tak tahu nak guna. Masalah ini berpunca daripada pengurus plan takaful anda gagal untuk menerangkan satu demi satu langkah untuk bertindak sekiranya keadaan ini timbul.
Secara asasnya, cara nak dapatkan guarantee letter adalah seperti berikut:
1. Sekiranya sakit, dapatkan dahulu rawatan di klinik berdekatan. Jangan terus ke hospital.
2. Doktor akan mengesahkan yang sakit anda adalah serius dan memerlukan rawatan lanjut di hospital atau perlu mendapatkan nasihat pakar. Doktor di klinik akan mengeluarkan surat reference letter untuk pihak hospital memproses kemasukan anda.
3. Beritahu pengurus plan takaful anda.
4. Pergi ke hospital panel dan daftar seperti biasa. Pastikan surat referral tadi dibawa.
5. Bergantung kepada kes, anda akan diperiksa terlebih dahulu. Kalau kes kecemasan, anda akan terus mendapatkan rawatan.
6. Doktor di hospital akan menghantar laporan perubatan kepada pihak PruBSN Takaful. Guarantee letter akan dikeluarkan berdasarkan laporan doktor, dengan syarat polisi anda masih aktif (pembayaran cukup) dan penyakit tersebut tak tersenarai dalam exclusion polisi anda.
7. Anda dapatkan rawatan.
8. Untuk discharge, laporan doktor akan dihantar kepada PruBSN Takaful. Proses discharge boleh memakan masa sehingga 5-6 jam, bergantung kepada kes.
9. Kalau semua ok, PruBSN akan faxkan guarantee letter untuk discharge yang mengatakan mereka akan menanggung bil anda.
10. Anda perlu membayar kos ko-takaful sekiranya plan anda bukan full coverage.
Jadi begitulah secara asasnya. Saya dah terangkan prosedur ini dengan lebih detail di laman BijakTakaful.com tentang Cara Nak Gunakan Kad Perubatan & Dapatkan Guarantee Letter. Semoga anda semua mendapat manfaatnya.
Penulisan asal Ariff Shah

No comments:

Post a Comment

Pages